Tuesday, November 15, 2011

Cinta Blogger's || Bab 1

 
BAB 1

Perkara yang semua pon takleh tinggal tuk lakukan!

Assalamualaikum

Lama rasanya tak online juga menghupdate sang blog.
Jangan kan nak komen gambar kengkawan yang menunggu tuk dikomen.Ia langsung tak di jenguk,nak blog walking lagi la jauh sekali.
Ok dah dah.Tak terniat langsung nak update panjang panjang.sikit pon tak terlintas.
tak tak.

Mari kita listkan 10 perkara yang wajib kita lakukan saat saat cuti semester.

  1. hirup segala nikmat bersenang lenang
  2. berjimba jimba, jimba dan jimba dengan incek juga cik puan tersayang,paling tak de pun kengkawan zaman hingus hingus dulu di kawasan yang indah lagi cantik kemain.
  3. berkelah di tepi tepian halaman rumah sambil borak borak kosong dengan jiran sebelah rumah,tak pun mancing ikan dalam parit atau perigi.
  4. menketedarah sampai kembung. settle
  5. menketedarah lagi. settle
  6. menketedarah lagi dan lagi. settle.
  7. kumpul mimpi mimpi indah
  8. kumpul mimpi indah lagi
  9. kumpul mimpi indah lagi dan lagi
  10. spent time lelama depan tb tengok doraemon ataupun shin chan dengan adik beradik juga sanak saudara. Korea pon orait gak. tak pun ngadap facebook doplohlapan jam sehari.

Itu antara perkara wajib lagi harus yang mesti lagi perlu semua rakan rakan buat bila tiba saat cuti semester kan kan kan? Takk ketinggalan juga seketul cik ervina yang kini dah menjadi sebotol besar ribena. Kelas kau jahhh. *motip?*
Ya,ini bukan kata kata dusta lagi auta.-.-‘ Ini sememangnya kata kata fakta yang patut diberi kepercayaan doplohratus peratus.
Tapi,tapi,tapi dalam banyak banyak yang dilistkan, Cuma satu perkara ja yang dapat dilaksanakan saat ni.
Siyes,sambil buat muka ketat. T__T
Tak sempat pun hirup segala nikmat keseronokan seorang siswa juga siswi tatkala cuti semester,sisa cuti dah pun tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi.

Sebab munasabab adalah kerana diri yang kemain kudus lagi anak mithali yang berangan nak cari duit sendiri tuk pembiayaan bila semester dibuka semula kelak.
Betul ni,sikit pun tiada kata kata dusta dalam ayat ni.
Hanya satu hari saja dapat senang lenang lepas sampai sampai ja di tanah kelahiran tercinta tempoh hari.
Kendian terus bekerja bagi menampung perbelanjaan anak anak yang tengah membesar.ok dusta. -.-‘

p/s : sedar tak sedar cuti semester dah nak sampai penghujung.dah tak ada masa lagi ni.Sekarang ni nak listkan cara diet yang paling berkesan abad ni kendian praktikkan dengan kadar seberapa yang segera.Cukup cukup lah asek menternak lemak dalam opis yang berhawa dingin.

Tenkiu bace ^^

Butang submit ditekan.

“Selesai satu entry untuk hari ni.Fuhh! Rasa nak patah jari jari ni. Dah dekat sebulan tinggalkan semester satu,bermakna dekat sebulan juga lah aku dah jadi pekerja bertauliah”,getus hati kecil Nur Ervina Qistina sambil tersenyum kecil.

Mengemas kini blog miliknya adalah rutin hariannya jika ada kelapangan.Sedar tak sedar hampir ratus ribuan pengikutnya.Dia sendiri tidak pasti keistemewaan akaun blog tersebut,apa yang pasti dia amat bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah.Blognya sering meniti di mulut para pengikut blog.

Setelah menutup komputer ribanya,Ervina berbaring di tilam empuknya sambil mendengar alunan rentak lagu My All dendangan Mariah Carey.Letih seharian berkerja,entah bila dia terlelap.



“Mencapap? Dah melebih mamat ni!”,ngomel Ervina.

“Kenapa awak Erv,membebel sorang-sorang.Macam mak nenek tahu tak!”,pintas Natasha sambil tergelak.

“Ni ha..Mamat blogger famous tu la..Ada ke patut dia cakap Erv ni mencapap! Kalau tak suka baca blog Erv,tak payah la baca..Tiap kali Erv update ada je batang hidung dia komen.Kalau tak sakitkan hati takpe juga..Komen mesti nak sakitkan hati.Eii,geram betul.Macam mana ramai sangat yang suka pada dia ni?”,bebel Ervina panjang lebar.

“Baik Erv minta maaf kat parents,halalkan makan minum,lepas tu mengucap..”

“Eh awak ni,macam nak suruh saya mati pulak”.

Ervina mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Lain yang dibebel.Lain pulak yang disambung rakan biliknya itu.
“Yela,awak tu mengomel macam mak nenek.Cakap dalam satu nafas je.Cuba cakap satu satu.Ambil nafas.Jangan risau.Oksigen tak kena bayar.Jangan berjimat sangat.Nanti tak pasal pasal tak merasa dean list sem pertama ni.Dalam blog bukan main.Kaut oksigen banyak banyak dalam satu saat la,apa la..”

Derai ketawa dua sahabat itu memecah kesunyian malam.Tak semena-mena lengan Fifi Natasha dicubit.

“Sakit lah Erv!”,Natasha buat-buat merajuk.

“Tahu pun,yang awak tu nak menangkan mamat tu kenapa.Padan muka! Bukan nak bela saya!”,ujar Ervina mengajuk.

“Jangan awak Erv,gaduh la banyak banyak.Nanti tahu tahu jodoh awak dengan dia baru tahu! Secocok la tu,awak blogger perempuan yang famous.Dia pulak blogger laki yang famous.Baru macam pinang dibelah belah sampai lumat!”,jawab Natasha sambil ketawa besar.

“Tak ingin lah saya! Setakat muka ja yang kononnya hensem.Ingat dia tu macho sangat la dengan lesung batu kiri kanan yang dia suka sebut sebut dalam blog dia tu! Saya pun adalah! Wekkk! Lagi pun,tak ada siapa yang kenal saya la.Dia pun tak kenal diri saya sebenar kan..Yang tahu blog tu milik siapa,awak dengan saya je.Takkan la dia nak dengan saya ni..Saya ni dah la tak cantik..”

Ervina mula mempamerkan mimik muka seakan-akan sedih.Dia sendiri tak pasti apa yang dia bebelkan.Langsung tiada kena mengena antara komen di blog yang menyakitkan hati juga lesung batu milik blogger famous yang disebutnya.Alasan muka tak cantik.lagi la jauh sekali.Dia tersenyum sendiri.

“Ececeh,ada hati juga ke awak dekat dia?Kata tak suka..Apa cer?”,seloroh Natasha.

“Saya acah jela,kalau dia nak pun..Saya tak ingin!”,bentak Ervina.

Natasha tersenyum.Entah kenapa dia berasa selesa berkawan dengan Ervina.Padahal,mereka baru sahaja berkenalan beberapa hari  yang lalu.
Ervina baru sahaja mendaftar sebagai pelajar di Universiti Teknologi Mara,Segamat.Dia terlewat mendaftar selama satu setengah bulan kerana masalah yang Natasha sendiri tidak tahu mengapa.Oleh sebab hanya bilik yang diduduki Natasha masih kosong.Ervina ditempatkan sebilik dengan Natasha.



Natasha lena di katil sebelah setelah penat berbual panjang bersama Ervina.Ervina mengeluh panjang.Mata nya masih segar dan tiada tanda tanda langsung untuk lelap walau dicuba berkali kali.Fikirannya menerawang jauh.Memikirkan perjalanan hidupnya sebagai blogger yang sering menyembunyikan identity diri sendiri disebalik nama penanya Chenta S Qaseh.
Tiba tiba dia teringatkan pemilik blog famous,Tukang Suara.Ya! Dialah satu satunya blogger jejaka yang terkenal serta mempunyai ciri ciri seakan dirinya.Menyembunyikan identity diri dari diketahui umum.Malangnya,blogger lelaki tersebut sering mencari gaduh dengan Ervina setiap kali meninggalkan komen di setiap entri miliknya.

Ervina manyarungkan tudung di kepalanya lalu turun ke bawah kolej penginapannya.Jam baru menunjukkan angka dua pagi.Dia sahaja keluar senyap-senyap.Tidak mahu Natasha mengikutnya.Malas untuk mendengar bebelan rakan barunya itu.Dia bersiar-siar di kawasan berdekatan untuk meninjau-ninjau kawasan kuliah yang bakal dihadirinya dalam beberapa hari lagi.Dia belum sempat mengenali semua tempat kerna sibuk menguruskan pendaftaran kuliahnya.

Dari jauh kelihatan susuk badan seseorang.Oleh kerana terlupa memakai kaca mata sebelum menyelinap keluar tadi,pandangannnya agak kabur..Susuk itu makin mendekatinya..

“Arghhhhhhh!!!!!”,jerit Ervina tiba-tiba lalu menekup muka.Dia ketakutan.Lebih kepada terkejut barangkali.

“Shhhh! Diam lah! Yang kau terjerit jerit macam nampak hantu kenapa?!”,terkejut dengan tindakan Ervina tidak semena mena Eimer menarik tangan Ervina.

“Ish lepas la! Tak malu ke pegang tangan orang!”,marah Ervina lantas menarik tangannya dengan kasar.

“Yang kau tu menjerit macam nampak hantu kenapa? Apa muka aku yang hensem ni ada macam hantu ke?Dengar dek pak UK,habis kita kena saman!”.

Mata mereka bertentang. Kini baru jelas di pandangan Ervina.Benar.Memang kacak jejaka di hadapannya kini.Memiliki lesung pipi di kedua belah pipinya menambahkan lagi kekacakan Eimer.Cermin mata tergantung kemas di matanya.

“Rabun jugak mamat ni,sama macam aku”,getus hati Ervina.

“Yang kau diam ni kenapa?Kau bisu ke?”,Tanya Eimer.

Mereka masih berdiri di tempat yang sama.Lama mereke berkeadaan begitu.Seperti tersedar dari lena yang panjang Ervina bersuara.

“Orang tak Nampak la..Lupa nak pakai spec..Err,buat apa merayau-rayau tengah malam macam ni.Mana lah ada manusia merayau waktu macam ni.Tu yang ingat han..”.

Belum sempat Ervina menghabiskan ayatnya,Eimer memotong.

“Hantu? Patutnya aku yang menjerit tengok kau.Dah la baju kurung serba putih,tudung putih,merayau tengah tengah malam.Sebelum ni aku merayau tak pernah jumpa sape sape pon.Kau budak baru ke? Tak hormat senior betul!”,bertubi tubi ayat yang keluar dari mulut Eimer

“Tahu lah senior,tak payah lah action sangat. Kalau aku tahu kau tu manusia.Tak adalah aku jerit”,jawab Ervina separuh berbisik.

“Apa kau cakap?”,suara Eimer kian meninggi.

“Minta maaf”,Ervina bersuara tanda mengalah.

Ervina mahu lekas lekas pulang ke bilik.Setelah mengucapkan kata maaf dia melangkah pergi,namun di halang oleh Eimer.Buat kali kedua tangan Ervina ditarik.

“Nanti dulu,kau tak jawab lagi pertanyaan aku.Aku MPP kat sini.Kau patutnya hormat aku tahu tak!”,jelas Eimer angkuh

Ervina tidak dapat menahan sakit hatinya.Pada mulanya dia tidak mahu bertengkar.Namun bila melihatkan keadaan bertambah buruk dia akhirnya cuba untuk berlawan.

“Wajib ke aku jawab pertanyaan orang yang aku tak kenal? Aku peduli apa kau MPP ke batu api ke bunga api ke. Aku nak balik bilik.Lepas la!”.

Ervina cuba menarik tangannya kembali,namun genggaman seorang lelaki tidak akan terdaya untuk dilawan oleh tenaga seorang wanita.

“Kau tak payah nak loyar buruk sangat boleh?Aku rasa kau ni budak baru ni. Masa MDS hari tu pun aku tak ada nampak kau.Mari sini aku kenalkan kau siapa aku..Aku Muhammad Eimer Danish.YDP MPP kat sini.Aku wajib ambil tahu kebajikan pelajar kat sini.Memang tu pun kerja aku”,jelas Eimer panjang lebar dengan penuh angkuh.

“Pak UK!”,Ervina menjerit tiba-tiba.Dia tidak faham erti UK yang disebutkan oleh Eimer sebentar tadi.Namun dia yakin Eimer gentar dengan Pak UK yang disebutkan.

Dengan kelam kabut Eimer berlari ke gerai berhampiran.Berjaya! Sekelip mata Eimer ghaib! Ervina terlepas dari genggaman Eimer.Dengan tanpa melengahkan masa dia berlari pulang ke kolej kediamannya.Tudungnya yang sudah senget akibat berlari ibarat dikejar hantu dibiarkan tanpa dibetulkan.Dia terus berlari sehingga sampai ke bilik.

Daun pintu bilik terbuka!

“Bukan ke aku kunci pintu sebelum keluar tadi?”,bisik hati Ervina.

Kelihatan Natasha melilau-lilau ke kiri kanan.Mukanya tampak cemas.

“Tasha! Kenapa macam orang hilang anak ni!”,seloroh Ervina.

“Ervina! Terkejut saya! Mana awak pergi! Terkejut saya tau celik mata awak tak ada kat depan katil saya!”

“Keluar ambil angin,lepas tu jumpa satu mamat gila dekat dekat dengan gerai kat bawah tu”,jelas Ervina pendek sambil menanggalkan tudung yang membaluti kepalanya.

Natasha membuat muka pelik.Air mukanya jelas kelihatan kesungguhan untuk mengetahui perkara yang sebenar.

“Jom lah tidur Natasha.Esok kan Ahad.Bawak saya pusing pusing satu UiTM ea.”.

Ervina sengaja mengalih topic.Tanpa membantah,Natasha hanya menganggukkan kepala tanda setuju dan memanjat katil semula untuk tidur.

“Gila punya mamat! Tak betul agaknya. MPP ke batu api ke bunga api ke,macam la aku heran”,ngomel Ervina sendirian.

Akibat keletihan berlari bagai pelari pecut,entah bila Ervina terlelap.Malam menginjak pergi bersama-sama ingatan Ervina mengenai Eimer.

2 comments:

  1. wow nice story.btw, im the lucky follower num1.hehe

    ReplyDelete
  2. menarik cite awak.. kalau berterusan menarik macam ni, kena follow ni. :)

    ReplyDelete